Friday, June 19, 2009















Aura Hebat !!!



Sistem Rx-Water® adalah penemuan terbaru didalam teknologi penulenan air sejagat. Ia suci, bersih dan boleh memecahkan molekul air menjadi sekecil mungkin supaya ia mudah diserap ke dalam sel-sel badan dan sistem darah yang kemudiannya akan diedarkan ke seluruh tubuh badan dan menjadikan anda sihat daripada kepala hingga ke kaki.

Memang sudah diketahui umum bahawa kualiti air yang kita minum memberi kesan kepada kualiti air didalam badan dan sel-sel badan kita. Mengambil air yang berkualiti rendah dalam jangkamasa yang lama akan merosakkan sel-sel tisu di dalam badan dan secara tidak langsung akan membawa kepada penyakit yang tidak diingini. Oleh itu tidak hairanlah air memang sudah diiktiraf di mata dunia sebagai satu rahsia kepada kehidupan yang sihat dan panjang hayat.
Prinsip yang digunakan untuk Terapi Rx-Water® adalah melalui cara penyembuhan dengan menggunakan air sebagai media utama. Fikiran yang positif, zikir, percakapan dan tenaga serta semangat untuk sihat boleh di pindahkan kepada Rx-Water TM melalui gegaran. Justeru,apabila kita minum air itu, tenaga positif ini akan dipindahkan kepada sel-sel dalam badan kita dan ini akan membantu proses penyembuhan.

Kita harus sedar bahawa air yang bersih, suci dan berkualiti mempunyai sumber tenaganya yang tersendiri dan kebanyakkan prinsip perubatan kuno adalah juga berasakan air, bukan sahaja dari segi rawatan untuk simptom-simptom yang tertentu, tetapi juga ia merupakan sebagai sumber kepada kehidupan dan kesihatan kita. Inilah yang menjadi asas Terapi Air Penyembuh Aura Rx-Water®.

Perlulah diingati bahawa sebelum anda minum Rx-Water®, mintalah dengan nama Tuhan yang Maha Kuasa, kesihatan yang anda inginkan untuk tubuh badan anda dan hembuskanlah permintaan anda itu ke dalam Rx-Water®. Berlainan kaedah boleh dilakukan bergantung kepada keadaan.

Untuk maklumat lanjut mengenari Rx-Water® Terapi Air penyembuh Aura, Sila lawati www.rx-water.com.my atau sila rujuk buku "AIR OH AIR" oleh Dr. Noordin Darus.








Rx-water mempunyai tujuh penapisan yang terletak didalam empat kartrij. Sila lihat pada gambarajah disebelah:

Kartrij 1: Penapis seramik berkualiti tinggi yang mampu menyekat bahan kotoran sekecil 1 mikron, kuman protozoa, karat dan lain-lain.

Katrij 2: Penapis Karbon teraktif (activated carbon) dan batuan garam semulajadi untuk membuang bau dan rasa yang tidak enak, serta memberikan galian yang berkhasiat dan rasa yang enak untuk diminum. Disini juga terdapat Blok fiber berkepadatan tinggi (PPF) untuk menghalang bakteria2 kecil dan bahan cemar organik.

Kartrij 3: Penapis seramik Karbon berkeaktifan tinggi dan Seramik media proses KDF bertujuan untuk menghalang bahan2 galian berbahaya termasuk klorin, dan bahan radioaktif.

Kartij 4: Disinilah terletak keunikan dan perbezaan rx-water dari system-sistem penapisan air yang lain. Di sini terdapatnya Pengubah Aura yang unggul yang mampu menggiatkan kesan penyembuhan sementara. Penyegar vortexian pula memechkan air kepada gumpalan air yang kecil untuk memudahkan penyerapan. Tanah liat berkalsium pula membantu penghasilan ion kalsium yang meningkatkan rasa air tersebut












Perangsang Imunisasi dan Kecerdasan Memori
Rx-Colostra® sangat disyorkan bagi kanak-kanak, pelajar, orang dewasa dan ibu mengandung bagi membantu masalah pembelajaran, pemikiran yang tidak fokus, ingatan yang lemah dan tabiat yang sukar dikawal.

Tingkatkan Kualiti Hidup Anda Dan Orang Yang Anda Sayangi!

Rx-Colostra® sangat disyorkan bagi kanak-kanak, pelajar, orang dewasa dan ibu mengandung bagi membantu masalah pembelajaran, pemikiran yang tidak fokus, ingatan yang lemah dan tabiat yang sukar dikawal. Ia mempunyai pelbagai faedah yang tiada bandingannya dengan produk yang lain:

Ciri-ciri
Kolostrum mengandungi kombinasi komponen bioaktif iaitu faktor pertumbuhan (Growth Factor) dan imun semula jadi iaitu Immunoglobulin (IgG) yang kuat.
Mengandungi Ekstrak DHA (Omega 3) dan Microalga yang merupakan sumber DHA yang paling baik.
Mengandungi Ekstrak Bilberi yang kaya dengan tannin, Vitamin A dan C (iaitu antioksidan).

Kebaikan
Memperkuatkan sistem imun tubuh dan mencegah jangkitan virus.
Menggalakkan perkembangan jantung, otak dan sistem saraf pusat bayi yang sempurna.
Membantu mencegah radang dalam mulut, sakit kerongkong, batuk dan cirit-birit.
Membantu peredaran darah dalam mata dan mencegah keletihan mata supaya penglihatan lebih tajam.
Membantu mencegah degenerasi otot dan katarak dengan mencegah serangan radikal bebas ke atas sel-sel.
Membantu meningkatkan sel ingatan, prestasi intelek dan kecerdasan otak dan mengawal tabiat yang hiperaktif dengan menstabilkan dan menenteramkan fikiran.
Membantu penghadaman.
Menggalakkan pembentukan tisu penyambung yang sihat dan sel yang rosak dengan memperkuatkan kolagen.





Ciri-ciri RX-Coffe:

Kopi berAura pertama di dunia
Diadun menggunakan herba-herba terbaik di dunia Kopi Arabica, Saffron, Ginseng bermutu, Mahkota Dewa, Habbatus Sauda, Koko & Krimer bukan tenusu.Mengandungi anti-oksida & Polyphenol untuk pencegahan penyakit.

Diproses menggunakan RX-Water
Tidak menggunakan Asetat (yang memberi bau harum kepada kopi tetapi boleh membawa masalah buah pinggang).
Rasa unik dan bau yang harum lagi menyegarkan
Mengandungi adunan kopi Arabica & Koko

Kebaikan:
Mengandungi anti-oksidan & Polyphenol untuk pencegahan penyakit
Meningkatkan kepekaan, kecerdasan, daya tahan dan aktiviti mental
Meningkatkan kealkalian dan mengurangkan keasidan pada tubuh
Membantu peredaran darah
Membantu kitaran menstruasi wanita







Berita Baik Untuk Golongan Wanita!!!

Pemangkin Pelangsingan yang berfaedah dan bernutrien buat anda! Anda akan dapat melihat hasilnya dengan pengambilan 7haven® secara konsisten. Dengan 7haven® anda dapat menikmati 7 jenis herba dan sumber makanan berserat yang telah diadun dengan menggunakan formula yang istimewa yang memberikan anda nutrisi yang seimbang, menambahkan tenaga, menguatkan badan dan pada masa yang sama memperbaiki kecerdasan. Ia juga membantu memastikan setiap organ berfungsi dengan baik, sentiasa sihat dan pada masa yang sama anda akan menjadi langsing secara semula jadi. Setiap herba memberi nutrisi yang berbeza dan berkesan untuk tubuh badan anda. Dengan kombinasi kesemua herba ini, anda dapat melangsingkan tubuh badan anda dan pada masa yang sama tetap kelihatan sihat dan bertenaga.
Mengandungi 7 dari herba & sumber makanan berserat yang terulung di adun secara istimewa agar anda dapat menikmatikhasiat yang seimbang:

1.Habbatus Sauda - Makanan tambahan & tonik kesihatan terulung untuk memperbaiki fungsi buah pinggang dan Hati serta mengatasi masalah pada usus, pernafasan & peredaran darah
2.Spirulina - antioksidan yang mudah dihadam. Ia memberikan khasiat yang diperlukan oleh individu aktif, mereka yang menjaga badan dan sensitif terhadap makanan tertentu. Ia menambah daya tahan, tahap tenaga, fungsi sistem saraf & arteri, keseimbangan hormon serta mengekalkan sel-sel darah merah dan membersihkan tubuh
3.Ginseng - Herba adaptogenik yang kuasa memulih menyeluruh ini meningkatkan sistem peredaran, kecerdasan, daya tahan tubuh dan keupayaan anda mengatasi stress.
4.Wheatgrass (gandum) - Kandungan Klorofil di dalam gandum bertindak bagaikan magnet dalam mengeluarkan toksin dari dalam badan. Gandum juga mengandungi vitamin-vitamin (A,C,B Kompleks, E & K), 82 dari 92 zat mineral dalam tanah (termasuk Kalsium, Magnesium, besi, zink, fosforus & kobalt) dan juga pelbagai Asid Amino (digunakan untuk membina Protein).
5.Ganoderma Lucidum (Linzhi) - Dikenali sebagai penambah jangkahayat, menambah keremajaan & tenaga. Ia melancarkan pengaliran darah, penyah toksik, memberikan kesan positif kepada pengidap Insomnia, mengembalikan tubuh pada keadaan asal dan membolehkan semua organ berfungsi secara normal.
6.Azadirachta Indica (Neem) - Setiap bahagian dari pokok Neem (berasal dari India) adalah berguna, mengandungi kegunaan-kegunaan dari segi kosmetik, perubatan & menyekat haiwan perosak. Dari segi perubatan, ia berguna bagi mengawal Kencing Manis selain dari bertindak sebagai anti-fungus, antiseptik dan agen anti keradangan
7.Saccharomyce Cerevisiae (Brewer Yeast) - Sumber vitamin-vitamin B-kompleks termasuk B1, B2, B3,B5,B6,B9 dan H(biotin) yang membantu memecahkan karbohidrat, lemak dan protein-protein yang kemudiannya akan membekalkan tenaga kepada badan



RX-Tra merupakan satu penemuan yang menakjubkan dalam keafiatan sel. Ia merangkumi Sains molekul, tenaga Kosmik & ekstrak terbaik alam semulajadi, yang diadun sebagai minuman kesihatan 100% asli untuk seisi keluarga. Ia mengandungi Mineral surih semulajadi & asli, Enzim semulajadi serta Organik & Vitamin melalui formula 7 dalam 1.

Kandungan & Ciri-Cirinya:
1.Ekstrak Shilajit - "Tiada penyakit yang tidak dapat diubati dengan bantuan Shilajit" - Charaka, 1st Century AD. Perkataan Shilajit adalah diambil dari bahasa Sanskrit yang bermaksud 'Pahlawan Gunung'. Shilajit merupakan rembesan cecair dari lapisan batu di gunung Nepal dan juga gunung2 Himalaya lain. Ia merangkumi Humus & tumbuhan Organik yang telah dimampatkan oleh lapisan batu. Humus terbentuk apabila micro-organisma tanah mereputkan binatang & tumbuhan ke dalam elemen yang sesuai digunakan oleh tumbuhan. Tumbuhan adalah sumber makanan kita manakala Humus adalah sejenis makanan tumbuhan. Berbanding dengan Humus tanah yang lain, Humus Shilajit mengandungi 60 - 80% gumpalan organik. Tumbuhan ini tidak pernah terdedah kepada apa-apa jenis bahan kimia, baja atau racun serangga. Ia berubah secara beransur-ansur menjadi Humus, sejenis gumpalan organik yang merupakan makanan kepada tumbuhan baru. Disebabkan oleh tindakan Microbial & tekanan yang kuat daripada gunung2, Humus tersebut berubah menjadi tebal, likat & gumpalan mineral. Inilah Shijalit. Lapisan Shijalit yang terperangkap mula terdedah disebabkan oleh musim sejuk, pancaran cahaya Matahari pada musim panas & juga hakisan kesan daripada hujan Monsun. Shilajit akan mengalir keluar dari celahan rekahan lapisan batu pada musim panas apabila suhu pada gunung menjadi panas & Shilajit menjadi kurang likat.

2.Asid Fulvic - Ia adalah bahan utama dalam Shilajit & merupakan satu penemuan penting yang mempunyai keajaiban tersendiri. Asid Fulvic adalah sejenis antioksidan yang paling hebat pernah ditemui. Ia adalah sebahagian daripada tanah yang kaya & galian. Asid Fulvic biasanya mengandungi 70 mineral atau lebih & elemen surih adalah sebahagian daripada molekul kompleks. Ia kemudiannya akan diserap oleh akar tumbuhan & bertindak dengan sel-sel hidup. Ia merupakan antioksidan & Radikal bebas yang sangat kuat. Ia membantu mengimbangkan semula sel. Ia mempunyai keupayaan untuk meningkatkan penyerapan Vitamin, Mineral, herba & makanan, menyelaraskan perjalanan hormon Tiroid yang abnormal. Asid Fulvic berfungsi sebagai ejen pelarasan dalam sistem Imun dan boleh digunakan bersama ubat-ubat anti-kanser yang lain.

3.Ekstrak kulit Anggur - Kulit Anggur ialah lapisan luar Anggur yang berwarna hijau, merah atau ungu kehitaman. Ia adalah antioksidan yang kuat serta mengandungi bioflavonoids & nonbioflavonoid polyphenols. Nonbioflavonoid dalam kulit anggur yang penting dikenali sebagai Resveratrol. Ia merupakan enzim tumbuhan yang wujud dalam 72 jenis spesis tumbuhan seperti Anggur, kekacang & pokok Pain. Kualiti enzim yang tinggi dalam kulit buah Anggur dipercayai membantu pokok Anggur melawan infeksi, penyakit, serangan serangga atau binatang. Resveratrol membuktikan mengandungi kesan anti radang yang sama atau lebih tinggi berbanding dengan ubat anti radang yang terkenal. Dalam kajian ke atas manusia pula, telah didapati bahawa Resveratrol menipiskan darah lebih efektif berbanding Aspirin, yang selalu digunakan untuk mengurangkan risiko serangan penyakit jantung. Ia dapat mencegah atau menghalang penuaan, lebam, kanser, diebetes, infeksi, penyakit jantung, masalah penglihatan & mempercepatkan penyembuhan luka

4.Selain itu ia mengandungi Vitamin C, Asid Sitrik & Rx-Water

Ciri-ciri
Rx-Tra™ diproses dengan menggunakan Air bina semula Rx-WaterTM bersama dengan ramuan-ramuan terbaik alam semula jadi.
Mengandungi Ekstrak Shilajit yang telah digunakan beribu-ribu tahun lalu sebagai ejen penyembuh dan dikenali dalam perubatan Ayurvedic sebagai "Penjajah gunung dan penghapus kelemahan".










Udara yang sangat merbahaya didalam kehidupan anda:
Statistik menunjukkan udara di dalam rumah dan bilik anda boleh tercemar lebih daripada 500% sehingga 1000% daripada udara di luar. Anda boleh dikatakan menghirup udara yang tercemar sebanyak 2 sudu makan sehari!
Formula 7 dalam 1
Sistem Pembersihan Udara
Sistem Regangan HT
Pengionan
Pengozonan
Sistem Sinar Ultra-Ungu
Teknologi Hyper Threading
Terapi Aroma

Kebaikan
Membersihkan udara dari pencemaran dan menyingkirkan bahan cemar seperti bakteria, virus, kulapuk, fungi, parasit, wasap merbahaya, asap dan bahan kimia.
Meneutralisasikan bau busuk, wap kimia dan udara tercemar.
Ion negatif meneutralisasikan ion positif yang terhasil dari radiasi.
Memberikan kesan "SESEGAR SELEPAS HUJAN" dan "SELEPAS RIBUT PETIR ".
Memberikan aura positif segar bersama kombinasi Aromaterapi.
Pengimbangan Tenaga Aura & Penyembuhan Sendiri.



Ketahuilah bahawa sekurang-kurangnya 1.5 Juta lelaki di Malaysia menghadapi ED (Erectyle Disfunction). Kini, anda sudah tidak perlu risau lagi kerana penawarnya sudah tiba. Ia berkesan, selamat & Halal. Ia dikenali sebagai MAXPLUS, yang telah mendapat status GMP (Good Manufacturing Product). MaxPlus merupakan kombinasi bioteknologi unik yang menggabungkan ramuan pelbagai herba berkuality tinggi yang dicipta khas.

Ciri-Ciri MaxPlus:

* Kombinasi herba semulajadi
* Ramuan yang bebas dari bahan perisa kimia
* Tiada Sildenafil (Viagra), Tadalafil & Verenafil (tiada kesan sampingan)
* Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
* Disahkan Halal oleh Halal Food Council S.E.A
* Diproses oleh kilang GMP
* Direka dan diformulasi oleh Doktor Perubatan

Kebaikan MaxPlus:


1. Membantu proses pemulihan dan meningkatkan fungsi fisiologi tubuh badan manusia.
2. Mengawal & meningkatkan aliran darah disamping menyihatkan buah pinggang.
3. Meningkatkan tahap kecergasan badan.
4. Membantu dalam masalah kelemahan tisu & tulang
5. Ia juga bertindak sebagai antibodi semulajadi dan menghalang masalah keradangan.
6. Meningkatkan paras hormon Testosteron (hormon sex lelaki) di dalam badan.
7. Bertindak serta merta sebagai pemangkin tenaga batin buat lelaki mahupun wanita.



Rx17@ adalah ilham terkini Dr. Noordin Darus, seorang pakar motivasi kesihatan yang terulung di tanahair yang menukar musibah penyakit Kanser Darah yang menimpa dirinya kepada satu misi untuk membantu orang lain melalui terapi RX-Water@.
Ia berteraskan Kesejahteraan, Kebahagiaan & Keharmonian. RX17@ dilahirkan sebagai air minuman yang menjamin kesihatan yang optimun kepada Minda, Tubuh & Rohani.
Tubuh Badan kita mempunya Self-Healing-System (SHS) atau Sistem Penyembuhan Semulajadi. Malangnya, sistem ini tidak dapat diberi peluang untuk berfungsi sepenuhnya oleh kerana Minda, Tubuh badan & Rohani kita tidak seimbang.
Dengan menggunakan prinsip MiFiRo, Teknologi Penyembuh Aura Rx-Water®, nutrien dan khasiat kesejahteraan yang dipindahkan melalui informasi, maka lahirlah Rx17™! Rx17™ mempunyai 7 Remedi Fizikal, 17 Khasiat Kesejahteraan dan 179 Informasi Nutrien. Rx17™ adalah penemuan yang terbaik selepas Rx-Water®. Bagi Dr. Noordin semua penyakit ada ubatnya.
Dr. Noordin sedar bahawa kebanyakan kaedah penyembuhan menggunakan sama ada Tahap Beta atau Tahap Kesedaran, iaitu apa yang kita sedar dan nampak. Ada segelintir yang menggunakan Tahap Alpha / Theta atau Tahap Separuh Sedar. Tetapi, apa yang sering dilupakan ialah Tahap Delta atau Tahap Tak Sedar dan Tak Nampak langsung. Dr. Noordin telah menggabungkan ketiga-tiga tahap ini untuk menghasilkan satu minuman yang lengkap yang boleh dikongsi dengan orang lain.

Penemuan yang hebat ini merangkumi 7 tahap penyembuhan :
Kesedaran (disedari)
Kesedaran (tidak disedari)
Separuh sedar tahap Alfa
Separuh sedar tahap Theta
Tidak sedar tahap Delta
Keajaiban (melampaui tahap pemahaman manusia)
Tahap Ketuhanan. Yang Maha Agung













Terapi Mandian Penyembuh Aura
Penapis Rx-Shower™ adalah satu-satunya penapis yang mengandungi pelbagai penemuan teknologi terkini supaya anda menikmati mandian yang begitu bertenaga dan memanfaatkan. Penemuan-penemuan ini bertindak atas air supaya air mandian anda menjadi lebih lembut, lebih mempesona, sambil mempertingkatkan mutu buih sabun.
Berbanding penapis yang hanya menapis klorin, Sistem Terapi-Hidro Rx-Shower™ direka khas supaya prestasi dan keberkesanannya lebih tinggi. Penapisnya yang lebih canggih memastikan agar anda sekeluarga menghayati terapi mandian yang begitu memuaskan.
Nikmati Mandian Anda

7 Fungsi Utama Rx-Shower™ :
Mengeluarkan Klorin
Menambah Tenaga Aura anda
Mengekalkan Mineral
Penggantian Katrij Lebih Mudah
Khidmat Tukang Paip dan Juruelektrik tidak diperlukan
Menjimatkan Air
Boleh dipasang sendiri pada kebanyakan Alat Mandi Pancuran
Sistem Terapi-Hidro Rx-Shower™ boleh dipasang pada kebanyakan jenis alat mandian pancuran yang sedia ada, termasuk kepala alat pancuran tetap serta kepala pancuran untuk pengurutan. Rx-Shower™ disediakan dengan katrij yang mudah diganti dalam beberapa saat sahaja. Ia tahan lebih lama berbanding katrij lain dan tidak memerlukan sebarang pengaliran-balik (backflushing).

4 Rahsia of Rx-Shower™

1. Media KDF Bakterioststik yang direka khas.
Untuk mengeluarkan klorin dengan lebih berkesan berbanding Rumusan KDF yang biasa.
2. Karbon Khas yang Diaktifkan
Untuk daya penyerapan yang tinggi, membasmi kuman, kulat dan sista serta mengeluarkan kesan bau atau rasa yang tidak memuaskan.
3. Seramik Bertenaga dengan Kuasa Memperbaiki Aura
Mempergiatkan daya kuasa semulajadi air melalui getaran yang meningkatkan aura anda.
4.Tanah Liat dengan Kalsium Berion




Pemangkin dan Pengimbang Rx-Water®
Garam bukan sahaja penting untuk kehidupan, tetapi juga untuk kesihatan. Ia mengekalkan keseimbangan elektrolit di dalam dan di luar sel. Kebanyakan garam datang dari makanan sementara setengahnya dari air. Kekurangan kandungan garam boleh memberikan masalah. Malah penambahan pengambilan garam telah digunakan secara berkesan untuk menangani Sindrom Kelesuan yang Kronik.

Rx-Salt™ adalah campuran Garam Mata Air Bario yang dipanggang dan Garam Buluh Batu yang ditapis menggunakan Rx-Water™ dan kemudiannya dipanggang.

Garam Mata Air Bario Yang Dipanggang Bario terletak dikawasan pergunungan di Timur Laut Sarawak, berdekatan dengan sempadan Kalimantan, satu kawasan yang terkenal dengan mata airnya. Air dari mata air yang mengandungi air garam direbus selama 24 jam sebelum garamnya diekstrak. Garam itu diletakkan di atas pucuk buluh yang kemudiannya dipanggang sehingga kering menggunakan kayu balak. Pucuk buluh itu dibuka dan garam bario dikeluarkan. Garam Bario kemudiannya dibalut dengan daun-daun pokok pine.

Garam Buluh Di Korea, buluh merupakan salah satu tumbuhan yang penting didalam bidang perubatan .Setiap bahagian seperti bahagian hujungnya, akar dan juga daun mempunyai fungsi yang berlainan. Garam buluh diperbuat daripada garam air laut yang telah dijemur sehingga kering dan dimasukkan ke dalam batangnya dan kemudian dibakar berulang kali sebanyak 3,6 atau 9 kali pada suhu 900 celcius atau 1500 celcius untuk membuang segala bahan galian dan juga toksin. Keseluruhan proses mengambil masa selama satu bulan. Garam Buluh Korea mempunyai garam mineral organik dan juga 70 ke 80 elemen yang penting dan juga mineral.

Keunikan Rx-Salt™:
Rasa yang sangat enak dan boleh digunakan sebagai penambah rasa.
Mengandungi lebih daripada 70 zat galian penting dan mikronutrien.
Mengandungi kandungan kalsium, magnesium dan zink yang tinggi.
Mengandungi Potensi Pengurangan Pengoksidaan (ORP) yang tinggi - sukatan keupayaan melawan radikal-radikal bebas yang membahayakan.
Mempunyai kandungan "TENAGA PENTING TERMAMPAT" yang tinggi iaitu "KI" atau yang dipanggil sebagai "QI" dan digunakan didalam bidang perubatan tradisi Korea.
Kebaikan mengambil Rx-Salt™ bersama-sama dengan Rx-Water™

Sintesis mineral, vitamin dan enzim-enzim untuk membantu metabolisme.Membantu membersihkan darah.
Mengekalkan pH badan dimana mineral boleh meneutralkan toksin-toksin berasid seperti asid urik dan asid berlebihan di dalam badan dengan pantas.
Menggalakkan imunisasi
Membantu mengurangkan tekanan darah rendah
Membantu memperbaiki keadaan pesakit kencing manis.
Baik untuk melawan penyakit gusi.
Membantu alahan, masalah penghadaman, arthritis, gout dan pelbagai penyakit lain